Friday, October 19, 2012

Nama Saya Jamal ( Part 6 )


              Dalam keadaan tidak keruan sebab lapar, Jamal dan Toyol tepaksa juga makan ikan jaket keras yang dihidangkan dekat dewan makan...kalo tak makan kang silap silap tak boleh tidur malam...lagipun sambil makan boleh jugak cuci mata tengok makwe makwe yang tengah makan kat dewan...mana tau ada yang berkenan, bole jugak bawak balik jumpa mak buat menantu...

"ko perasan tak budak nama sarah dalam kumpulan kita tu?"tanya Jamal
"kenape?"balas toyol
"daripada ak tengok die tadi, sampai ke dalam bilik air pon aku teringat kat dia la..."
"tu da bahaye tu mal, aku rasa ko patot jumpa mak bapak dia dah ni"
"kepaleatok ko, kenal pon tidak, ko jangan buat pasal..hahahah..."

Gelak ketawa tidak terhenti dari mulut toyol dan jamal sehingga pulang ke asrama untuk tidur.....



......................................................................................

TTToooooottttttttt!!!!!.....


Tepat Jam 8 pagi, Semua pelatih diarah berkumpul di padang kawad, Berbaris mengikut kumpulan sementara musren sebagai ketua kumpulan berdiri paling depan sekali....Sedang pula encik kadir, seorang pekerja am membuat testing suara dekat mikrofon, datang seorang lelaki berbadan tegap, hitam, bermisai mister potato ,berambut kotak dan tidak berotak mencapai microfon....


"OK!!! DIAM SEMUA!!!!"
"NAMA SAYA ISMAIL ABDULLAH"
"KAMU BOLEH PANGGIL SAYA CIKGU MAIL, SAYA KETUA JURULATIH UNTUK KAMU SEMUA PAHAM!!!!"

tanpa mukadimah cikgu mail memulakan ucapan...suara cikgu mail memang ganas, kalah suara black mentor...Cikgu mail ni seorang lelaki pertengahan umur yang lebih dikenali sebagai Mail Tinju...Menurut pengalaman masa membuat pengenalan diri, cikgu mail  menceritakan pengalaman kerja dia sebagai pegawai tentera....macam macam rupanya yang pernah cikgu mail ni buat masa dalam komando dulu, antaranya dia pernah makan ular sawa, tinggal 3 hari dalam hutan takde makanan, makan ulat, makan tumbuh tumbuhan, minum kencing tikus, bunuh nyamuk, tungkai kaki serigala sampai jatuh,tampar anak pakcik musa, terpijak periuk api, berinteraksi dengan jin, gigit halkum hairudin omar dan macam2 lagi....


"toyol, aku bagi ko 10 ringgit, ko teka dia pakai spender kaler ape"
"hahahaha...bangang ko ni" ketawa besar jamal dan toyol dalam keadaan sunyi sepi semasa mail tinju sedang membuat pengenalan diri.....


"KAU DUA ORANG.....SINI!!!!!"Jerit cikgu mail


........................................................


"Mampos".........





Nama Saya Jamal ( Part 5 )

Sekarang!, Saya nak kamu semua berkenalan dengan kawan kawan dalam kumpulan kamu tu dan memilih seorang ketua... jerit jurulatih yang memakai lencana bernama Badol...


Empat kumpulan membuat bulatan, kelihatan beberapa mamat bergaya rempit tengah buat havoc dalam kumpulan masing2...Jamal masih cover malu, Sarah memulakan perbincangan...untuk memilih ketua kumpulan, jamal hanya duduk diam...

Ok, sekarang sape nak jadi ketua kumpulan kita ni?? tanya sarah..
erm...Jamal la...kata toyol...
arghhh..tanak aku...kasi la org lain...balas jamal...
bro, name ko sape ea?? tanye toyol pada budak dalam kumpulannya..
name aku mus..musren....
owh..ha, ko la jadi ketua...ok??
semua pelatih mengangguk tanda setuju...jamal masih diam,tenuk masih terkial, sarah tersenyum, musreen terpancut...

Ok!!...berkumpul balik semua...JErit cikgu badol...

empat kumpulan berkumpul mengikut barisan masing masing...sedikit taklimat diberikan oleh cikgu badol selaku jurulatih muka ganas di dalam kem...masing masing kelihatan letih mendengar taklimat yang membosankan balik balik mengenai jangan hisap rokok, jangan tido lambat, jangan main sabun, jangan bergaduh dan jangan masuk MLM....ketua kumpulan berada di hadapan barisan...semuanya buat muke ketat ala2 masuk kem pelarian...sesekali, cuba juga musren menggaru bahagian kemaluannya tetapi tidak berjaya... Selesai sahaja taklimat, semua pelatih dibenarkan pulang ke asrama masing masing....JAmal terus terbaring di atas katil, letih teramat sangat..dah la dalam bas tadi dekat sejam lebih, sampai sini, banyak aktiviti pulak..jamal mula serabut....selepas sejam jamal melelapkan mata, toyol datang kejutkan jamal..

Mal.!!,,time makan la...jom gi makan..jerit toyol
haaa, ye ke?? tanye jamal sambil gosok gosok mata...
ye la...jom...aku takde member ni...bisik toyol sambil buat muke kesian..
ok2...ak cuci muke jap....

..............................

JAmal dan Toyol berjalan bersama ke arah dewan makan....

ko agak agak malam ni makan ape toyol??
erm...aku rasa ayam kari kot mal...
tak la...ikut firasat aku, tomyam campur same kailan ikan masin....
pehhhh..bapak sedap...mintak mintak ade cendawan goreng sekali..

jamal dan toyol berjalan laju ke arah dewan makan...air liur di mulut masing masing da macam air dari pili bomba....Jamal segera mengambil nasi diikuti dengan toyol, kemudian pergi ke arah lauk....

HA!! tgk tu..oren je..kan aku da kate ayam kari...hahaha...toyol gelak besar..
Jamal tersenyum lapar...sambil mengambil senduk lauk..

Muke jamal berubah, toyol mulai berpeluh,


...................................


KEMAK!!!!..... IKAN JAKET!!!!!!!!

Nama Saya Jamal ( Part 4)


Dengan gaya lemah longlai, Jamal memulakan perjalanan ke arah padang...sampai di padang ,

HEY WIRA!!!....Jerit seorang jurulatih lelaki....
ko tak tahu berlari ke ha??!!!kawan2 kau sume dah lame sampai sini...!!!
ko ingat kau anak raja orang nak tunggu kau???!!!!...

Jamal mula melajukan kayuhan kaki, berlari lari anak ke arah sekumpulan manusia yang berkumpul di padang...

Cilake, kalo aku anak raja, ak tak masok sini la bodo, bisik hati jamal....

Jamal masuk dalam barisan..Di hadapan jamal, kelihatan toyol berdiri sambil usha2 awek di sebelah...jamal cuba untuk kemaskan diri....kelihatan tenuk masih terkial2 tanpa sebab..mungkin tenuk dilahirkan sebagai manusia terkial abad ke 21...

ok, sekarang saya nak bahagikan kepada empat kumpulan..satu kumpulan 50 orang..lelaki dan perempuan...jerit jurulatih yang tidak memerlukan pembesar suara...

Jamal, tenuk dan toyol digolong dalam kumpulan bebal iaitu kumpulan b...beberapa awek cover cun juga dalam kumpulan yang sama...jamal melihat satu persatu muka awek dalam kumpulan tu kerana manalah tau kot kot ade awek dalam koleksi video 3gp budak sekolah berani dalam handphone jamal turut berada dalam kumpulan yang sama...jamal menggelengkan kepala..hancur harapannya kerana semua awek awek dalam kumpulannya muke pecah, ade muka macam sotong, macam kuda laut, tupai, serangga beracun , tak kurang juga rupa seperti kalkatu lampu...tiba2, ade suara dari arah belakang jamal...

Ni kumpulan b ea??cikgu tu suruh i masuk kumpulan ni....mendayu suara dari belakang jamal..

Jamal menoleh ke arah belakang, Mata bertentang mata, hati jamal mula ceria..bahagian sensitif mula menaik taraf...

Haaa..ni kumpulan B..awak kumpulan ni ke?? kata jamal dengan suara agak macho...
yeee..cikgu tu suruh i masuk kumpulan ni...anyway, nama saya Sarah...

Jamal mulai tak tentu hala, jamal mula gigit tapak kasut toyol tanpa sebab...Jamal terus senyum bergaya, tangan dihulur jamal kepada sarah sebagai tanda perkenalan...belum sempat Sarah bersalam dengan jamal,

Woiii wira...ko menggatal dengan pempuan ke.....Sini ko!!!..jerit seorang jurulatih...
kemak tol la..apsal aku je asyik kene nie..keluh hati jamal...
"Pangg!!!! lempangan padu lekat terus di bahagian pipi kiri jamal..."
Dengan aku kau tanak salam, dengan perempuan, laju je kau salam kan...
Pehhh..Jatuh market aku depan awek tadi..cilake pnye cikgu, aku sumpah, ak bakar boxer ko!!..jamal menyumpah dalam hati....
Dah...Pegi masuk barisan kau balik....Jamal dihalau jurulatih...

Jamal masuk semula dalam kumpulannya sambil membuat pengiraan...kalau 1 hari kene lempang dua kali, maknanya kalau 3 bulan, lebih kurang 180 kali aku kene lempang..mau balik rumah ni mak aku tak kenal aku lagi....cilake punye jurulatih...!!...

Nama Saya Jamal ( Part 3)


Setelah Sesi malukan diri di dewan pendaftaran, Semua pelatih yang dah berdaftar boleh masuk ke dalam asrama yang ada iras2 macam rumah panjang serawak . Jamal mengheret beg bajunya yang dipenuhi stok baju sehingga 3bulan...Langkah Pertama Jamal memasuki asramanya, Kelihatan pelbagai jenis dan rupa manusia...Ade juga 2 3 orang yang iras2 budak belia 4b kampung, ade juga belia belia ganja,belia shuffle,belia kelab malam, belia rambut kuning,belia rempit,skinhead,belia punk, pekida dan belia belia indie.Jamal terus bergerak kearah katilnya yang berada di sudut penjuru bilik.Jamal terus mengeluarkan pakaian dan susun di dalam almari..sedang jamal leka memplacing barang dalam locker tiba2 ada suara yang tak berapa nak hensem dari arah belakang..."Bro", jamal terus menoleh kearah belakang..Mamat tu terus menghulurkan tangan untuk bersalam sebagai mukadimah...

"Nama aku mohd Hasbullah"
"oh, aku Jamal, panjang nama ko,nak panggil ape?"
"orang biasa panggil aku alang"
"oh, ok2..kalo camtu, aku panggil ko toyol la.."
"erk,ok gak name tu kan"
"haha..ok2, sesuai ngan ko"

Jamal dan toyol mula berborak,kelihatan sorang mamat yang agak kuswadinata mukanya sedang terkial kial mencari sesuatu yang hilang...

"wei jamal,cube ko tengok mamat tu"
"kenape?muke die macam tenuk kan!!"
"wakaka..bukan ahh, aku rase barang dia hilang tu"
"cube ko panggil die, pastu tanye"

"WEI TENUK, Sini jap."~jerit Toyol
"aku ke?"
"ye la, sini kejap.."
"ha, kenape panggil aku?"
"member aku kate muke ko cam tenuk la.hahaha"

Toyol dan jamal ketawa besar..mamat tadi masih terkial kial, mungkin pertama kali masuk asrama..muka mamat tu memang muke kene buli..baru saja beberapa jam duduk di dalam asrama..jamal mulai mendapat ramai member baru...setalah hampir sejam mereka berborak, jamal cuba untuk berehat, jamal baring di atas katilnya..baru saja hendak melelapkan kata, tiba-tiba..

tttoooonnnnnn....siren dibunyikan...terdengar suara seorang jurulatih menerusi PA system...

"Diminta semua pelajar turun ke padang sekarang.."

"demmm...aku baru nak tido..."~keluh jamal

.............

Nama Saya Jamal ( Part 2)


...."Hoiiiiiiii!!!!!"..Jerit seorang pelatih lelaki kearah jamal..Muka mamat tu memang agak ganas, bertindik tindik, bibir pon agak bibir negro sikit..Jamal mula rasa serba salah, otak-otak karat jamal mulai berfikir sendirian "mamat tu panggil aku ke?", ke mamat tu juling air??..Pelatih lelaki itu melangkah laju menuju ke arah Jamal, untuk mempertahankan diri, Jamal terus bangun dari kerusi dan tersenyum sinis.."setakat mamat ni punya badan, tomoi sambil baca mastika pon takdehal" lagak hati jamal..baru saja mamat tu memandu penumbuk ke arah jamal, Bukkkk!!, Satu tumbukan tepat dan padu dari jamal hinggap kat muka mamat tu..Telentang juga mamat tu ke belakang.Mamat tu segera bangkit dan membuka kuda kuda silat,.."woii!!, sudah!! sudah!!" beberapa jurulatih menahan jamal dan mamat tadi atas kesalahan berkelakuan sumbang dikhalayak ramai..

"Apehal korang ni ha? baru sampai dah buat hal"
"Mamat ni cikgu, tadi saya tengah duduk, tiba tiba dia datang nak tumbok saya"
"ha, kenape kamu nak tumbok dia"
"Mane saya tak marah cikgu, dia curik beg saya"
"Eh, ni beg aku la"
"Banyak la ko, ni beg aku!!"
"eh ko ni, tak caya tengok nie"

ziiipppppp, Jamal membuka beg jenama polo yang berisi pakaian.Muka mamat tadi terus berubah,hati Jamal terus panas..Mamat tadi tersenyum senyum malu..

"dah dah, saya nak kamu berdua berbaik sekarang"
"erm..."
"Cepat, Salam..kamu tak malu ke bergaduh depan kawan kawan lain"

tapppp, mamat tu bersalaman dengan jamal..

"sori bro"
"ha, takpe takpe, takdehal la"
"aku leman"
"oh, leman..aku Jamal"

"ok, dah salam kan..sekarang saya nak awak berdua berpeluk..jalan kat depan kawan kawan yang lain dalam keadaaan berpeluk..tunjukkan kesefahaman kamu.saya nak langkah semua sama.Kalau langkah tak sama, korang dua orang kene berjemur kat padang kawat sampai pukul 5.nak tak?kalau taknak, buat sekarang!..

"Arghhhhh......

To Be Besambung lagi...

Nama Saya Jamal ( Part 1)



Suasana sunyi menyelubungi bas persiaran Mewah sakti yang membawa lebih kurang 40 orang peserta latihan kem khidmat negara untuk sesi terbaru.Jamal duduk di bahagian paling belakang sekali di dalam bas sambil memandang kearah luar.ibu bapa jamal datang sejak awal pagi lagi untuk menghantar jamal iaitu anak tunggal dalam keluarga untuk mengikuti sesi latihan khidmat negara.Pemandu bas yang sedang menghisap rokok segera memijak putung rokok selepas menerima arahan dari jurulatih - jurulatih yang memantau pergerakan peserta pada hari pendaftaran.Hati Jamal semakin berdebar, Muka pemandu bas yang iras-iras harun salim bachik telah meletakkan punggungnya die atas kerusi bahagian pemandu.Enjin bas pula dihidupkan, naluri kincit jamal semakin meluap luap.Jamal yang mempunyai rekod buruk sejak sekolah rendah semakin takut akan latihan yang bakal dijalankan. Abang bas memulakan perjalanan,ibu bapa jamal pula melambai dengan penuh rasa gembira dengan harapan jamal akan pulang selepas insaf seperti iklan PLKN di televisyen. Baru 5 minit bas tersebut memulakan perjalanan, seorang jurulatih yang menaiki bas yang sama mula mengeluarkan amaran

"Salam, Nama saya ahmad, panggil saya cikgu mat...Paham tak?"
"paham...~"
"cakap paham cikgu la mangkok"(dalam nada yang agak black mentor sikit)
"paham cikgu!!~"

cikgu mat memulakan hari yang malang dengan muka yang agak ketat. Jamal dapat merasakan yang dia bakal dimasukkan ke neraka dunia. Mulut cikgu mat yang tidak kurang juga lebarnya tidak berenti henti bercakap dengan abang bas.Asyik asyik borak pasal janda yang menjaga kaunter pendaftaran tadi.Perjalanan memakan masa hampir satu jam. budak perempuan yang duduk dihadapan jamal tidak berhenti henti menangis dari tadi.mungkin mengenangkan nasib yang bakal dilalui, mungkin juga tidak dapat berjauhan dengan boifrennya, atau mungkin tidak tahan nak berak..di sebalah kiri jamal pula ada dua orang budak lelaki, mungkin diorang kawan baik sejak dari sekolah,cara diorang bersalaman pon mempunyai style yang sendiri,siap petik2 ibu jari...carutan di hati jamal semakin menjadi jadi..selepas hampir satu jam perjalanan..sambil memandang kearah luar, Jamal perasan yang dia telah memasuki kawasan latihan khidmat negara..tertelan air liur jugak jamal bila ternampak berberapa jurulatih sedang menunggu di hadapan bilik pengawal keselamatan sambil memegang kayu cota berwarna hitam..abg bas juga masih meneruskan perjalanan menuju ke dewan besar untuk "check in" pelatih baru..

"Ok..dah sampai..semua boleh turun sekarang.."
"sekarang, saya nak semua orang pergi berkumpul dekat dewan.."kata cikgu mat dengan nada yang tegas.

Semua pelatih turun dari bas dengan hati yang berat.ade juga dua tiga "berok" yang melompat lompat keseronokan.Jamal masih berberat hati untuk turun dari bas.Tiba - tiba cikgu mat menjerit

"Siapa yang turun paling lambat, saya akan denda dia.."

Masing masing melompat keluar dari tempat duduk mereka, ada yang melangkah dari tempat duduk ke tempat duduk, ada yang merangkak, ada yang keluar ikut pintu kecemasan, dan ada juga yang keluar mengikut ruang enjin dibawah bas..Dalam suasana kelam kabut, jamal tidak dapat berbuat apa apa..Jamal juga ditolak sehingga jatuh dan menyebabkan Jamal adalah orang terakhir yang turun dari bas..Baru saja Jamal ingin melangkah keluar dari anak tangga bas yang terakhir, baju jamal ditarik oleh cikgu mat dengan misai tajam cikgu mat bergerak keatas dan kebawah.

"kau ingat kau hensem ke nak turun lambat lambat nie"
"mane ade saya hensem bang, makwe pon takde..kat sini la saya nak tackle makwe"
"cilake kau, kau ingat aku abang kau?panggil aku cikgu paham tak?"
"faham cikgu.."
"tu ape dalam poket seluar kau tu?"
"Handphone nokia cikgu.."
"Tu, poket sebelah lagi tu ape?"
"erm, Rokok Dunhill 20 cikgu"

Panggg!!!!....Tangan cikgu mat tepat melekat di pipi jamal..Memang tepat sasaran cikgu mat, tak sia sia lah dia memasuki akademi polis bahagian penembak tepat...Terasa cam nak tecabut gak gigi jamal, itu time, pakai colgate kaviti pon takde effect..lagi lagi kalau orang yang dalam iklan check gigi depan sekolah tu ade kat situ, memang tak pasal - pasal makan colgate seumur hidup..

"Barua kau, kau tak tau ke undang undang kat sini tak boleh bawak rokok"
"mane saya tau cikgu"
"Kalau tak tau, tanya la..kau bisu ke?takde mulut?"
"dah2, kau bagi sini rokok tu..rokok aku pon dah habis.." cikgu mat menge-pow rokok jamal"

Jamal pula hanya terdiam sambil memandang kearah bawah..terkedu gak jamal menahan saket penampa cikgu mat..Jamal meneruskan perjalanan dari bas ke arah dewan.kelihatan beberapa pelatih muda terkincit ketakutan melihat jamal ditampar oleh cikgu mat yang be-perwatakan beruang kutub..baru saja ingin melangkah masok ke dewan, langkah jamal terhenti.Rupa rupanya ramai juga senasib dengan jamal memasuki latihan khidmat negera.Ada lebih kurang dua ratus pelatih yang baru nak daftar.Semuanya dah ada member.Jamal mula mengorak langkah kedalam dewan sambil berfikir dan mencari kat mana dia nak lepak.Sambil pandang muka seorang sorang, jamal cuba mencari siapakah yang agak2 boleh masuk sama kepala dengannya.Kelihatan dipenjuru kiri dewan beberapa budak indie sedang membuka lagu hujan di henpon sambil nyanyi bersama sama.arghhh, Jamal tolak bulat2..di sebelah tengah pula, kelihatan beberapa budak nerd memakai cermin mata berbingkai hitam besar dan gigi dipagar (braces)."demm,tak boleh jadi ni,takde ke yang rupa manusia sikit" bisik hati jamal..jamal meninjau di bahagian belakang pula, kelihatan beberapa budak rempit felda yang memakai cermin mata besar berwarna kuning gelap dan rambut berwarna perang sepenuhnya sedang membuat gaya gaya merempit diikuti dengan cerita gebang..Jamal mula tak sedap hati, hilang terus mood dia..nak ke penjuru kanan, tempat duduk budak perempuan..silap silap melekat gak buku lima cikgu mat kat rangka badan jamal, sia2 je nanti blaja guna kain anduh kat skola time kelab bulan sabet merah dlu...Tanpa memikir banyak, Jamal terus menuju kearah barisan paling hadapan dan duduk di tempat kosong.Beg baju jamal diletakkan diatas kerusi sebelah kanan. Tiba tiba...."Hoiiiiiiii!!!!!"



To Be besambung...