Friday, October 19, 2012

Nama Saya Jamal ( Part 6 )


              Dalam keadaan tidak keruan sebab lapar, Jamal dan Toyol tepaksa juga makan ikan jaket keras yang dihidangkan dekat dewan makan...kalo tak makan kang silap silap tak boleh tidur malam...lagipun sambil makan boleh jugak cuci mata tengok makwe makwe yang tengah makan kat dewan...mana tau ada yang berkenan, bole jugak bawak balik jumpa mak buat menantu...

"ko perasan tak budak nama sarah dalam kumpulan kita tu?"tanya Jamal
"kenape?"balas toyol
"daripada ak tengok die tadi, sampai ke dalam bilik air pon aku teringat kat dia la..."
"tu da bahaye tu mal, aku rasa ko patot jumpa mak bapak dia dah ni"
"kepaleatok ko, kenal pon tidak, ko jangan buat pasal..hahahah..."

Gelak ketawa tidak terhenti dari mulut toyol dan jamal sehingga pulang ke asrama untuk tidur.....



......................................................................................

TTToooooottttttttt!!!!!.....


Tepat Jam 8 pagi, Semua pelatih diarah berkumpul di padang kawad, Berbaris mengikut kumpulan sementara musren sebagai ketua kumpulan berdiri paling depan sekali....Sedang pula encik kadir, seorang pekerja am membuat testing suara dekat mikrofon, datang seorang lelaki berbadan tegap, hitam, bermisai mister potato ,berambut kotak dan tidak berotak mencapai microfon....


"OK!!! DIAM SEMUA!!!!"
"NAMA SAYA ISMAIL ABDULLAH"
"KAMU BOLEH PANGGIL SAYA CIKGU MAIL, SAYA KETUA JURULATIH UNTUK KAMU SEMUA PAHAM!!!!"

tanpa mukadimah cikgu mail memulakan ucapan...suara cikgu mail memang ganas, kalah suara black mentor...Cikgu mail ni seorang lelaki pertengahan umur yang lebih dikenali sebagai Mail Tinju...Menurut pengalaman masa membuat pengenalan diri, cikgu mail  menceritakan pengalaman kerja dia sebagai pegawai tentera....macam macam rupanya yang pernah cikgu mail ni buat masa dalam komando dulu, antaranya dia pernah makan ular sawa, tinggal 3 hari dalam hutan takde makanan, makan ulat, makan tumbuh tumbuhan, minum kencing tikus, bunuh nyamuk, tungkai kaki serigala sampai jatuh,tampar anak pakcik musa, terpijak periuk api, berinteraksi dengan jin, gigit halkum hairudin omar dan macam2 lagi....


"toyol, aku bagi ko 10 ringgit, ko teka dia pakai spender kaler ape"
"hahahaha...bangang ko ni" ketawa besar jamal dan toyol dalam keadaan sunyi sepi semasa mail tinju sedang membuat pengenalan diri.....


"KAU DUA ORANG.....SINI!!!!!"Jerit cikgu mail


........................................................


"Mampos".........





No comments:

Post a Comment